Pages

Jumaat, 17 Disember 2010

lelaki itu berbeza...

a promise

  Saat dia sedang membelek buku di perpustakaan awam, terjatuh sehelai kad. Lantas tangannya terus menerpa mengutip kad itu.

  Warna kemerahan jambu dihiasi dengan bunga, cantik kad tersebut, matanya terus memerhati kad itu, sebuah tulisan dapat ditangkap matanya..
   
                                saya selalu bersendirian.. boleh kwn saya x??...
                                                                                            alamat...


  Matanya terkedu.nafsu jiwa seorang lelaki kini sedang mendidih. Dia memerhati rapat tulisan itu, peluang kini di depan matanya.

   Tulisan secantik bidadari, xkan mukanya hodoh en?/ otaknya ligat berfikir .. rezeki aku ni. lantas dia terus menyimpan kad yang penuh harapan itu di dalam kocek seluarnya.

                                             ***************             

    Setelah mengatakan hasrat untuk berkawan dengan perempuan tersebut melalui  surat dan apabila ianya dibalas mengikut hasrat hati maka bermulalah bibit2 cinta. Ayat2 cinta sudah biasa diluahkan pada si dia. Makin hari,apabila rindu sudah mula berbuak2, bertakung di dalam hati, minta di kurangkan. Salah satu cara hanya mata bertentang mata..ya tidak lain dan tidak bukan ialah berjumpa...

   Tapi malang tak berbau, pada masa yang sama negara tersebut dilanda satu peperangan dan diberitakan kepada semua lelaki termasuk lelaki itu untuk menyertainya... dengan penuh semangat lelaki itu menyahut dan terus melulu ke medan peperangan..

   Sebelum bertolak.. dia sempat mengirimkan seutus surat,

 Dariku  lelaki..
Diriku kini diperlukan oleh dua manusia, kau dan raja... tetapi aq lebih suka mengikut perintah raja..maaf kerana menyisihkanmu... Kalau ditakdirkan aku hidup setelah malapetaka ini, sambutlah aku ditempat menyambut tentera... dengan memegang sekuntum ros dan orang yang akan mengambilnya tidak lain tidak bukan adalah  aq....
                                                                       kepadamu perempuan..

   Setelah sebulan menunggu dengan penuh harapan dan mohonan, kini masa menyambut tentera sudah tiba.. lalu si perempuan itu terus bergegas ke tempat tersebut dengan memegang sekuntum ros...

  Ditakdirkan lelaki itu hidup dan kini dia sedang mencari, gadis yang memegang sekuntum ros. Dengan penuh semangat dia mencari gadis itu. Ditenung satu demi satu manusia yang dijumpai. Akhir sekali dalam beberapa ratus meter di belakang sana, dia terlihat kelibat memegang sekuntum bunga. Dihampirinya dengan penuh kegembiraan sambil berlari anak.

   Setelah ketika, dia terhenti. Raut wajah terus berubah. Matanya terbuka luas. Barang peperangan yang dari tadi dipegangnya terlepas. Ya allah, apakah ini... tidak jauh beberapa meter darinya, terdapat kelibat gadis hitam. bajunya koyak rabak. Kakinya tempang sebelah tetapi tangannya memegang erat sekuntum ros yang hampir layu....

  Tapi disebabkan akur pada janji, dia menggagahi jua kakinya untuk melangkah. Segala perasaan dibuang jauh-jauh. Dia terus memegang kuntuman ros khas untuknya dirinya.

   Gadis itu tampak terkejut. Dengan tidak semena-mena tangan lelaki itu dipegang. Dibawanya ke suatu bilik.

   Ditolak perlahan2 daun pepintu. Matanya menggerdip2, bagaikan x percaya. Di depannya berdiri seorang gadis kulitnya putih bersinar. Mukanya ayu. Gadis itu sangat cantik dan di sebelah tangannya memegang kuntuman ros yang sebenar...
  Then they get married and happily ever, ever after..


Kalau kite mesti da lari kan nmpak pompuan hodoh cmtu tapi.... lelaki itu berbeza. Dia mencintai gadis itu bukan atas dasar kecantikan atau kekayaan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan